DUNIA > BERITA

ANGKA KORBAN DI GAZA AKIBAT SERANGAN ISRAEL MELEBIHI 49,600 ORANG

20/03/2025 11:59 PM

ANKARA, 20 Mac (Bernama-Anadolu) -- Angka korban rakyat Palestin akibat serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada 49,617 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan pada Khamis.  

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa 85 orang terbunuh dan 133 yang lain cedera dalam serangan Israel di Gaza sejak awal pagi.  

Menurut kementerian itu, sekurang-kurangnya 112,950 orang turut cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023.  

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka,” menurut kementerian itu.  

Tentera Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza sejak Selasa, sekali gus menghancurkan gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa sejak Januari.

-- BERNAMA-ANADOLU  

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan