DUNIA > BERITA

BOEING: MALAYSIA AVIATION TEMPAH SEHINGGA 60 PESAWAT BOEING 737 MAX

21/03/2025 10:21 PM

NEW YORK, 21 Mac (Bernama-dpa) -- Boeing pada Jumaat mengumumkan bahawa Malaysia Aviation Group telah membuat tempahan sehingga 60 pesawat Boeing 737 MAX, lapor agensi berita Jerman dpa.

Tempahan itu merangkumi 18 jet 737-8 dan 12 jet 737-10, dengan pilihan untuk tambahan 30 pesawat lagi bagi memperbaharui armada pesawat lorong tunggal Malaysia Airlines.

Penambahan pesawat baharu itu akan membantu syarikat penerbangan berkenaan memperkenalkan tempat duduk baring mendatar serta memenuhi permintaan perjalanan di Asia Tenggara, pasaran penerbangan komersial yang berkembang pesat. Armada pesawat di rantau ini dijangka meningkat hampir 250 peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang.

"Dengan lebih 50 jet 737 dalam armada Malaysia Airlines, pengenalan tambahan 737-8 dan 737-10 menawarkan keseragaman operasi serta kecekapan ekonomi terbaik bagi setiap tempat duduk dalam kelasnya, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon sebanyak 20 peratus," menurut Boeing dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan