DUNIA > BERITA

LEGENDA TINJU GEORGE FOREMAN MENINGGAL DUNIA PADA USIA 76 TAHUN

22/03/2025 05:30 PM

ISTANBUL, 22 Mac (Bernama-Anadolu) -- Juara heavyweight dunia dua kali dan pemenang pingat emas Olimpik, George Foreman menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun, umum keluarganya pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Kami berterima kasih atas limpahan kasih sayang dan doa serta memohon agar diberikan privasi ketika kami menghormati kehidupan insan luar biasa yang berharga bagi kami," kata keluarganya.

Dalam kenyataan di Instagram, keluarganya menyifatkan Foreman sebagai seorang paderi, suami, bapa dan datuk yang menjalani kehidupan dengan keimanan dan tujuan.  

Mereka turut menekankan pencapaiannya dalam arena tinju serta usaha beliau dalam mengekalkan legasinya.  

Foreman meraih pingat emas Olimpik pada 1968 dan kemudian menjuarai kategori heavyweight sebanyak dua kali – pada 1973 dan 1994. Beliau juga dikenali sebagai seorang paderi serta ahli perniagaan selepas bersara daripada tinju.  

-- BERNAMA-ANADOLU  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan