Oleh Shakir Husain
NEW DELHI, 29 Mac (Bernama) -- India menghantar 15 tan bantuan kemanusiaan untuk mangsa gempa bumi di Myanmar.
Sebuah pesawat tentera C130J akan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Hindon di pinggir New Delhi dengan membawa bantuan pada Sabtu, menurut laporan media tempatan.
Kargo bantuan itu merangkumi khemah, beg tidur, selimut, makanan sedia dimakan, penapis air, lampu solar, set penjana kuasa serta ubat-ubatan penting.
India, Pakistan, Maldives dan Sri Lanka telah menyatakan solidariti dengan mangsa gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan Thailand pada Jumaat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial