DUNIA > BERITA

1,002 MAUT, 2,376 CEDERA, 30 HILANG DALAM GEMPA BUMI MYANMAR

29/03/2025 05:13 PM

MANDALAY (Myanmar), 29 Mac (Bernama-Xinhua) -- Seramai 1,002 orang terbunuh, 2,376 cedera dan 30 lagi hilang akibat gempa bumi kuat di Wilayah Mandalay, Myanmar setakat Sabtu, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.  

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat, menurut pasukan penerangan berkenaan.  

Laporan rasmi menyatakan bahawa gempa bumi itu menyebabkan kegagalan sistem bekalan elektrik. Rangkaian telekomunikasi juga tidak berfungsi dengan lancar dan beberapa kawasan di Yangon tidak mempunyai isyarat telefon bimbit.

Banyak bangunan mengalami kerosakan dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.  

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan