DUNIA > BERITA

ANGKA KORBAN GEMPA BUMI DAHSYAT DI MYANMAR MENINGKAT KEPADA 1,644

29/03/2025 11:19 PM

YANGON, 29 Mac (Bernama-Xinhua) – Seramai 1,644 orang terkorban, 3,408 cedera dan 139 lagi masih hilang akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Sabtu malam.

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 itu melanda negara Asia Tenggara itu pada Jumaat, dengan Mandalay, Bago, Magway,  timur laut negeri Shan, Sagaing, dan Nay Pyi Taw antara kawasan yang paling teruk terjejas.

Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, tiba di Mandalay dengan helikopter pada pagi Sabtu untuk meninjau kawasan yang terjejas teruk, menurut Radio dan Televisyen Myanmar. Min Aung Hlaing turut menyeru bantuan antarabangsa pada Jumaat.

--BERNAMA-XINHUA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan