DUNIA > BERITA

LAOS HANTAR PASUKAN BANTU MISI GEMPA BUMI MYANMAR

01/04/2025 05:01 PM

VIENTIANE, 1 April (Bernama-Xinhua) -- Tentera Rakyat Laos pada Isnin menghantar sebuah pasukan terdiri daripada 33 anggota bersama peralatan penting bagi membantu Myanmar yang terjejas teruk akibat gempa bumi dahsyat pada 28 Mac.

Menurut laporan berita Tentera Rakyat Laos yang dipetik Xinhua pada Selasa, pasukan bantuan itu terdiri daripada 33 anggota, termasuk 13 anggota bomba, 11 tentera dan kakitangan sokongan lain.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Nay Pyi Taw, pasukan penyelamat disambut mesra oleh wakil Myanmar sebelum meneruskan perjalanan ke Mandalay, satu daripada kawasan yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan