BEIJING, 1 April (Bernama-CMG) -- China komited memperkasakan pembaharuan dan meningkatkan keterbukaan bertaraf tinggi, kata jurucakap Kementerian Luar China Guo Jiakun.
Beliau berkata China tetap menjadi pilihan utama bagi pelabur asing kerana ruang pasaran meluas, jangkaan dasar yang stabil dan iklim pembangunan yang baik.
Diminta mengulas mengenai kehadiran ketua-ketua syarikat asing pada Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China dan Forum Asia Boao baru-baru ini, Guo berkata ekonomi China mengekalkan momentum pemulihan kukuh pada dua bulan pertama tahun ini, dan potensi pasaran pengguna kedua terbesar di dunia itu semakin meningkat, sementara kuasa produktif kualiti baharu diperkasakan.
"Daripada pelaksanaan 20 peraturan baharu untuk menstabilkan pelaburan asing, ke laporan kerja kerajaan yang menekankan lebih banyak dasar rangsangan, China terus menurunkan syarat kemasukan pelaburan asing di samping membina iklim yang baik untuk berkongsi peluang pembangunan pasaran gergasi dengan dunia.
"Pelaburan asing di China kini meliputi 20 kategori utama dari 115 sektor. Sebanyak 1.24 juta firma telah didirikan di China melibatkan pelaburan asing kira-kira US$3 trilion," kata Guo pada sidang media di sini, pada Isnin.
Untuk rekod, ketua-ketua syarikat asing telah menyertai pelbagai aktiviti anjuran China, termasuk Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China dan Forum Asia Boao baru-baru ini. Mereka telah mengadakan dialog dan perbincangan mendalam dengan wakil kalangan perniagaan China.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial