YANGON, 6 April (Bernama-Xinhua) -- Perkhidmatan landasan kereta api Yangon-Mandalay dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay dibuka semula selepas ditutup susulan kerosakan akibat gempa bumi kuat yang melanda pada 28 Mac lalu, Xinhua memetik laporan akhbar rasmi The Global New Light of Myanmar pada Ahad.
Gempa bumi itu merosakkan 60 benteng dan 11 jambatan kereta api di sepanjang laluan Yangon-Mandalay, selain menyebabkan beberapa bahagian landasan menjadi bengkok.
Myanma Railways memulakan kerja pembaikan segera menggunakan tenaga kerja, jentera serta logistik, menurut laporan itu.
Bagi menjamin keselamatan operasi, siri ujian laluan dilakukan menggunakan kereta api kargo pada 3 April dan kereta api penumpang pada 4 April, manakala perkhidmatan kereta api disambung semula pada pagi 5 April.
Sementara itu, perkhidmatan kereta api di laluan Yangon-Pyay dan Yangon-Mawlamyine masih beroperasi seperti biasa.
Dalam perkembangan berkaitan, Lapangan Terbang Antarabangsa Mandalay kembali beroperasi untuk penerbangan domestik bermula 4 April.
Sehingga 5 April, empat syarikat penerbangan tempatan telah mengendalikan 13 penerbangan, melibatkan 972 penumpang — 399 ketibaan dan 573 perlepasan.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial