DUNIA > BERITA

HUBUNGAN KUKUH CHINA-ASEAN TAFSIRAN KONSEP DIPLOMASI KEJIRANAN

09/04/2025 04:14 PM

BEIJING, 9 April (Bernama-CMG) -- Hubungan dialog China-ASEAN yang terjalin sejak lebih tiga dekad lepas menyaksikan kerjasama dua hala terus berkembang mantap sehingga menjadi satu model kolaborasi yang paling dinamik dan berhasil di rantau Asia Pasifik bahkan dunia.

Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian menyatakannya dalam sidang media pada Selasa, susulan sebuah kumpulan pemikir dalam artikelnya menyebut bahawa China dan ASEAN sedang bangkit sebagai pusat berpengaruh yang baharu di Asia Timur.

Lin berkata China dan ASEAN merupakan rakan dagang terbesar antara satu sama lain selama lima tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan mencecah 6.99 trilion yuan (RM4.28 trilion) pada 2024.

Sementara itu, Protokol Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 3.0 dijangka akan dimeterai pada tahun ini.

Beliau menyifatkan kekukuhan hubungan kedua-dua pihak sebagai tafsiran kepada konsep diplomasi kejiranan berpandukan prinsip mesra, ikhlas, saling untung dan inklusif yang diamalkan China.

Rasa saling percaya dalam bidang politik serta penumpuan kepentingan antara China dengan negara jiran terus meningkat, tambah beliau.

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan