GUANGZHOU, 22 April (Bernama-CMG) -- Fasa pertama Pameran Import dan Eksport China atau 'Canton Fair' edisi ke-137 diadakan di sini pada 15 hingga 19 April.
Menonjolkan tema "perkilangan maju", ruang pameran fasa pertama seluas 520,000 meter persegi itu terdiri daripada 25,064 gerai melibatkan 11,304 pempamer.
Sementara itu, terdapat lebih 5,100 syarikat teknologi tinggi, syarikat peneraju dalam industri pembuatan dan syarikat inovatif tempatan menyertai pameran fasa pertama itu. Antaranya 3,700 syarikat adalah dari sektor kenderaan tenaga baharu (NEV), bateri litium, fotovolta, teknologi digital dan pembuatan pintar.
Sehingga 19 April, sebanyak 148,585 pembeli dari 216 negara dan wilayah telah menyertai Canton Fair fasa pertama, meningkat sebanyak 20.2 peratus berbanding edisi lepas sekali gus memecahkan rekod.
Menurut pihak penganjur, fasa kedua akan diadakan dari 23 hingga 27 April, memfokuskan kepada perkakasan rumah, manakala fasa ketiga akan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei dengan tumpuan kepada barangan kegunaan rumah.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial