DUNIA > BERITA

PRU2025 SINGAPURA: 11 HIMPUNAN KEMPEN TERAKHIR DIJADUAL PADA 1 MEI

30/04/2025 09:56 PM

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 30 April (Bernama) – Sebanyak 11 perhimpunan dijadual berlangsung pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum Singapura (PRU2025) Khamis ini (1 Mei), menjelang hari pengundian pada 3 Mei.

Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan Pejabat Permit Pilihan Raya telah mengeluarkan permit perhimpunan kepada enam parti politik dan seorang calon bebas bagi slot waktu antara 7 hingga 10 malam.

Parti-parti yang akan mengadakan perhimpunan ialah Parti Tindakan Rakyat, Parti Pekerja (WP), Parti Kemajuan Singapura (PSP), Parti Demokratik Singapura (SDP), Red Dot United (RDU), dan Parti Kuasa Rakyat  (PPP).

PAP dijadual mengadakan perhimpunan di lima kawasan: Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Potong Pasir serta Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Aljunied, Punggol, Sengkang dan Tampines.

Kempen akan dihentikan sebaik sahaja tempoh bertenang bermula pada tengah malam 2 Mei, bagi memberi ruang kepada pengundi menilai secara rasional isu-isu yang dibangkitkan sebelum mengundi.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan