DUNIA > BERITA

LAWATAN XI DIYAKINI TERUS PERKAYA KONOTASI PENYELARASAN STRATEGIK CHINA, RUSIA: MFA

05/05/2025 05:00 PM

BEIJING, 5 Mei (Bernama-CMG) -- Presiden China Xi Jinping akan mengadakan komunikasi strategik dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin mengenai perkembangan hubungan bilateral dalam situasi baharu serta isu-isu penting antarabangsa dan serantau sempena lawatan rasminya ke Rusia.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China berkata konsensus penting yang bakal dicapai pemimpin kedua-dua negara pasti akan terus memperdalam sikap saling mempercayai antara China dengan Rusia dalam bidang politik, sekali gus memperkaya konotasi penyelarasan strategik dan memacu kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Ia juga diyakini akan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, di samping menyumbang lebih banyak kestabilan dan tenaga positif untuk masyarakat antarabangsa.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia.

Menurut jurucakap itu, Xi dan Putin telah mencapai persepakatan untuk bersama-sama menegakkan pandangan betul terhadap sejarah Perang Dunia II, memelihara hasil kemenangan perang itu dan orde antarabangsa pasca perang serta mempertahankan keadilan antarabangsa.

Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-80 penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap itu berkata China dan Rusia akan terus merapatkan koordinasi di platform multilateral termasuk PBB, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan BRICS, menyatupadukan Selatan Global dan menerajui tadbir urus global mengikut hala tuju yang tepat.

Kedua-dua negara juga akan tegas menentang unilateralisme dan amalan membuli, di samping berganding bahu menggalakkan  dunia multipolar yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang terangkum dan menguntungkan semua.

Presiden Xi dijadual mengadakan lawatan negara ke Rusia bermula 7 hingga 10 Mei dan menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Patriotik Besar di Moscow atas jemputan Putin.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan