DUNIA > BERITA

TRUMP MINTA RIZAB PERSEKUTUAN POTONG KADAR FAEDAH "SEGERA, BUKAN KEMUDIAN"

18/05/2025 08:25 PM

WASHINGTON, 18 Mei (Bernama-Xinhua) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu meminta Rizab Persekutuan AS (Fed) supaya menurunkan kadar faedah "segera, bukan kemudian," sambil mengkritik Pengerusi Fed Jerome Powell kerana tidak bertindak, lapor Xinhua.

"KONSENSUS HAMPIR SEMUA ORANG IALAH, 'FED PERLU POTONG KADAR FAEDAH SEGERA, BUKAN KEMUDIAN," kata Trump dalam hantaran di media sosial.

"Powell Terlambat, seorang lelaki yang terkenal kerana selalu terlambat, mungkin akan mensia-siakan peluang lagi -- Tapi siapa tahu???" kata Trump.

Trump terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Powell, walaupun beliau berkata Pengerusi Fed itu akan terus kekal memegang jawatan, walaupun beliau percaya inflasi bukan lagi satu masalah.

Beliau mahu Powell lebih "proaktif" dalam memotong kadar faedah.

--BERNAMA-XINHUA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan