DUNIA > BERITA

KAPAL PERANG DIKESAN BERHAMPIRAN KAPAL GLOBAL SUMUD FLOTILLA MENUJU GAZA

01/10/2025 01:50 PM

ISTANBUL, 1 Okt (Bernama-Anadolu) -- Sebuah kapal perang dikesan awal Rabu berada berhampiran Global Sumud Flotilla yang sedang belayar menuju Gaza, ketika penganjur melaporkan keadaan berjaga-jaga di laut, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Wartawan Al Jazeera yang berada di atas flotila itu berkata hubungan komunikasi dengan kapal Alma, iaitu kapal utama dalam misi flotila berjaya dipulihkan selepas terputus seketika.

Menurutnya, sebuah kapal Israel menghampiri Alma sehingga kira-kira lima kaki dan menyekat semua sistem komunikasi serta enjinnya, menyebabkan ia tidak berfungsi.

Peserta di atas Alma bertindak membuang telefon bimbit mereka ke laut mengikut protokol keselamatan yang ditetapkan.

Wartawan itu kemudian melaporkan bahawa kapal Israel berkenaan telah meninggalkan kawasan berkenaan, membolehkan flotila meneruskan pelayaran.

Flotila yang belayar bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza itu memaklumkan kapal-kapal mereka kini berada kira-kira 121 batu nautika (225 kilometer) dari wilayah yang dikepung itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan