DUNIA > BERITA

MAJLIS RESEPSI ULANG TAHUN KE-76 PENUBUHAN REPUBLIK RAKYAT CHINA BERLANGSUNG DI BEIJING

01/10/2025 02:37 PM

BEIJING, 1 Okt (Bernama-CMG) -- Presiden Xi Jinping menyeru seluruh rakyat China agar terus berusaha gigih dan mara ke hadapan dengan penuh keazaman dalam memacu modenisasi ala China.

Xi berkata demikian pada majlis resepsi sempena sambutan ulang tahun ke-76 penubuhan Republik Rakyat China yang berlangsung di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada malam Selasa.

"Usaha merealisasikan kebangkitan semula bangsa China merupakan perjuangan mulia yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

"Aspirasi dan cabaran memberi inspirasi kepada kita untuk merebut setiap detik dan berusaha dengan penuh ketabahan," kata beliau.

Xi turut mengucapkan terima kasih kepada negara dan sahabat antarabangsa yang memberikan perhatian dan sokongan kepada pembangunan China selama ini.

Beliau turut menekankan keperluan menyemarakkan nilai sejagat, mengamalkan multilateralisme jitu, serta mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI), di samping berganding bahu dengan pelbagai negara untuk membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan