DUNIA > BERITA

PAKISTAN RAIH MANFAAT BESAR DARIPADA CPEC - PM SHEHBAZ

06/10/2025 03:02 PM

BEIJING, 6 Okt (Bernama-CMG) -- China muncul sebagai gergasi ekonomi dunia dan proses pembangunannya memberi pengalaman yang tidak ternilai kepada Pakistan.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG).

Shehbaz menganggap kejayaan China itu mencerminkan betapa pentingnya perancangan strategik untuk jangka panjang dan mengekalkan pendekatan berpaksikan rakyat.

China sentiasa berganding bahu dengan Pakistan dan memberi sokongan kepada rakyatnya tanpa mengenakan sebarang syarat, termasuk politik.

Menurut Shehbaz, Pakistan memperoleh manfaat besar daripada Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) yang merupakan projek ikonik Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

"Menerusi inisiatif itu, kami mencapai kemajuan signifikan dalam mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga dan menaik taraf infrastruktur, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat.

"Sekarang, kami sedang bergerak ke arah mewujudkan CPEC versi 2.0," kata beliau.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan