SEOUL, 15 Okt (Bernama-Yonhap) -- Keluarga mangsa nahas pesawat Jeju Air Co. yang berlaku hujung tahun lalu memfailkan saman terhadap pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing Co., di sebuah mahkamah di Amerika, dengan mendakwa syarikat itu bertanggungjawab atas kecacatan pembuatan, menurut keluarga mangsa pada Rabu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut keluarga dan wakil peguam mereka, dua daripada tiga firma guaman domestik dan antarabangsa yang mewakili keluarga itu baru-baru ini memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Daerah King di Seattle, Washington. Firma guaman yang satu lagi dilaporkan sedang dalam proses memfailkan tuntutan tambahan.
Keluarga mangsa mendakwa, beberapa kegagalan berlaku pada peralatan pendaratan penting ketika pesawat Jeju Air 7C2216 menghampiri landasan dan menegaskan bahawa Boeing bertanggungjawab atas kecacatan yang menyebabkan nahas tragik pada 29 Dis di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang meragut nyawa 179 penumpang dan anak kapal.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial