HANOI, 17 Okt (Bernama-Xinhua) -- Jawatankuasa Tetap Perhimpunan Kebangsaan Vietnam meluluskan satu resolusi untuk melaraskan tahap pelepasan berdasarkan tanggungan keluarga bagi cukai pendapatan peribadi, lapor Xinhua yang memetik agensi berita Vietnam (VNA).
Di bawah rangka kerja baharu yang baru diluluskan itu, jumlah pelepasan bagi setiap pembayar cukai akan dinaikkan kepada 15.5 juta dong Vietnam (kira-kira US$590) daripada 11 juta dong Vietnam (kira-kira US$420) sebulan.
Sementara itu, jumlah pelepasan untuk setiap tanggungan akan meningkat kepada 6.2 juta dong Vietnam (kira-kira US$240) daripada 4.4 juta dong (kira-kira US$170), menurut laporan itu.
Pelarasan ini akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran cukai 2026.
Menurut Kementerian Kewangan Vietnam, pelarasan ini dijangka mengurangkan hasil belanjawan negara sebanyak kira-kira 21 trilion dong Vietnam (kira-kira US$800 juta) setiap tahun berbanding kutipan semasa.
--BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial