TOKYO, 21 Okt (Bernama-Xinhua) -- Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dan barisan Kabinetnya meletak jawatan pada Selasa, menandakan berakhirnya pentadbiran yang mula memegang tampuk kuasa lebih setahun lalu, lapor Xinhua.
Dalam mesyuarat khas Kabinet yang diadakan sebelum 9 pagi waktu tempatan, para menteri menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing, sekali gus menandakan Kabinet Ishiba secara rasmi dibubarkan.
Pada sebelah petang, kedua-dua dewan Parlimen Jepun (Diet) akan bersidang bagi memilih perdana menteri baharu negara itu.
Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) yang memerintah, Sanae Takaichi dijangka memenangi undian dengan sokongan Parti Inovasi Jepun, yang baru-baru ini membentuk pakatan baharu dengan LDP selepas parti Komeito menarik diri daripada gabungan lama.
Selepas pemilihan perdana menteri, Takaichi akan memuktamadkan pelantikan anggota Kabinetnya dan Ketua Setiausaha Kabinet dijadual mengumumkan senarai rasmi.
Takaichi juga dijangka mengadakan sidang media sebaik memegang jawatan bagi menjelaskan hala tuju dasar serta pertimbangan di sebalik pemilihan utama barisan Kabinetnya.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial