DUNIA > BERITA

TESLA PANGGIL SEMULA 13,000 KENDERAAN ELEKTRIK AKIBAT KEGAGALAN PENYENTUH BATERI

23/10/2025 10:19 AM

ISTANBUL, 22 Okt (Bernama-Anadolu) -- Gergasi kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat (AS) Tesla memanggil semula kira-kira 13,000 kenderaan Model 3 dan Model Y 2026 kerana masalah pada komponen pek bateri, umum Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.

"Tesla, Inc. (Tesla) memanggil semula kenderaan Model 3 2025 dan Model Y 2026 tertentu. Penyentuh pek bateri mungkin gagal berfungsi, menyebabkan kehilangan kuasa pemanduan," menurut NHTSA dalam satu kenyataan.

NHTSA memberi amaran bahawa kegagalan penyentuh pek bateri dan kehilangan kuasa yang berpunca daripadanya boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Menurut kenyataan itu, hampir 13,000 kenderaan berpotensi terjejas akibat panggilan semula itu.

Ia menambah bahawa Tesla akan menggantikan penyentuh itu secara percuma dan surat pemberitahuan dijangka dihantar kepada pemilik kenderaan pada 9 Dis.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan