DUNIA > BERITA

TADBIR URUS BERMAKNA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT, BUKAN MENGEJAR KUASA - LULA

25/10/2025 02:32 PM

PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) -- Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva menekankan kepentingan tadbir urus negara sebagai satu bentuk khidmat kepada rakyat, khususnya golongan miskin dan rentan.

Bercakap pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan dua hala di Seri Perdana di sini hari ini, Lula berkata tadbir urus bukan soal kuasa tetapi sebagai perkhidmatan kepada rakyat.

“Apabila kami mentadbir sesebuah negara, saya sebenarnya tidak suka menggunakan perkataan ‘mentadbir’. Saya lebih gemar menggunakan istilah ‘menjaga’, kerana misi kami adalah untuk berkhidmat kepada mereka yang kami wakili,” katanya.

“Untuk benar-benar menjaga rakyat bermaksud memberi tumpuan kepada mereka yang paling memerlukan. Merekalah individu yang benar-benar memerlukan peranan serta sokongan kerajaan,” katanya lagi. 

Lula tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi selama tiga hari sebagai Tetamu Pengerusi ASEAN, bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan