DUNIA > BERITA

FORUM LANTING: MARTABATKAN INISIATIF TADBIR URUS GLOBAL UNTUK MANFAAT UMAT MANUSIA

28/10/2025 03:54 PM

BEIJING, 28 Okt (Bernama - CMG) -- Prinsip, kaedah dan laluan bagi menambah baik tadbir urus global termaktub dalam Initiatif Tadbir Urus Global (GGI) diketengahkan  Presiden China Xi Jinping, dilihat selaras dengan keperluan dunia dan boleh menyuntik kestabilan serta kepastian kepada dunia yang berada dalam pergolakan sekarang ini, sama seperti tiga lagi inisiatif  Xi, iaitu Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI).

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk "Memartabatkan GGI, Bersama Membina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan" dalam Forum Lanting ke-23  yang diadakan di sini pada Isnin.

"Sejurus diketengahkan, GGI terus mendapat sokongan jelas dari 140 negara dan pertubuhan antarabangsa.

China bersedia berusaha bersama pelbagai pihak untuk menggalakkan pelaksanaan GGI, mempertahankan perundingan yang sama rata, memacu inovasi, dan menyemarakkan semangat 'sedikit sedikit menjadi bukit' dalam mendorong pembaharuan sistem tadbir urus global secara berterusan demi manfaat sedunia" kata Wang.

Beliau berkata Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Pusat penggal ke-20 Parti Komunis China (PKC) telah meluluskan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 (2026-2030). Ini bukan sahaja merupakan rangka tindakan  bagi pembangunan ekonomi dan sosial China bagi lima tahun yang akan datang, tetapi juga memaparkan wawasan China untuk mencapai kemajuan yang menang-menang di pentas dunia.

Tegas Wang, China bersedia menggembleng tenaga dengan masyarakat antarabangsa, memartabatkan pelaksanaan GGI secara menyeluruh, dan membina sistem tadbir urus global yang lebih adil dan rasional untuk  masa depan lebih cerah untuk umat manusia.

BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan