BEIJING, 4 Nov (Bernama-CMG) -- Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan dengan rakan sejawatnya dari Jerman Johann Wadephul pada Isnin, atas permintaan pihak Jerman.
Wang berkata sebagai dua negara besar dan kuasa ekonomi penting di pentas dunia, China dan Jerman mengekalkan perkembangan hubungan mantap sesuai dengan kepentingan kedua-dua negara dan juga dunia.
Beliau mengakui bahawa adalah wajar wujudnya perbezaan pendapat antara China dan Jerman kerana kedua-dua negara ini mempunyai sejarah, kebudayaan dan sistem sosial yang berbeza.
Oleh itu, menurut Wang, kedua-dua negara harus mengekalkan komunikasi dan dialog, meningkatkan pemahaman, mengurangkan kesalahfahaman, mengukuhkan rasa saling percaya, serta mengelakkan "diplomasi mikrofon".
Wang Yi berkata, prinsip satu China ialah asas politik paling penting dalam hubungan China-Jerman.
"China pernah memberikan sokongan tanpa syarat kepada penyatuan semula Jerman. Oleh itu, Jerman yang pernah mengalami kesakitan pemisahan, diharap dapat memberikan sokongan penuh kepada China dalam memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayahnya.
"China dan Jerman dikehendaki menyusun rangka dasar yang lebih mantap dan lestari, supaya memastikan hubungan dua hala selalu berada di landasan betul," kata Wang.
Wadephul pula menyatakan bahawa Jerman amat mementingkan hubungan dengan China.
Beliau mengulangi pendirian tegas negara itu dalam mengekalkan dasar satu China, di samping menzahirkan kesediaan untuk merapatkan komunikasi dan dialog dengan China dalam pelbagai bidang.
Di samping itu, Wadephul menegaskan bahawa pihaknya bersedia mengurangkan perselisihan pendapat dengan China demi mendorong perkongsian strategik segenap aspek China-Jerman maju ke depan.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial