XI'AN, 7 Nov (Bernama-CMG)-- Persidangan penubuhan mekanisme Rakan Media Selatan Global dan Forum Media Video Global ke-13 diadakan di sini, pada Khamis.
Presiden Pakistan Asif Ali Zardari, Presiden Sri Lanka Anura Kumara Dissanayake dan Presiden Uruguay, Yamandu Orsi masing-masing mengutus surat tahniah dan berharap sesi berkenaan diadakan dengan jayanya.
Kira-kira 300 wakil media dan kedutaan asing di China dari 40 negara serta perwakilan pertubuhan antarabangsa turut hadir pada sesi itu .
Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong ketika berucap pada persidangan itu menyatakan bahawa dunia kini berada dalam fasa pergolakan dan transformasi baharu. Pada saat bersejarah ini, Inisiatif Tadbir Urus Global yang digagaskan China menjurus kepada keperluan negara-negara Selatan Global.
"CMG mengesyorkan penubuhan mekanisme Rakan Media Selatan Global, dan bersedia bersama-sama rakan-rakan media dari dalam dan luar negara untuk membincangkan tanggungjawab media dalam tadbir urus global.
"Pembangunan modenisasi China akan turut menawarkan peluang besar kepada pembangunan dunia.
"CMG bersedia bekerjasama dengan rakan-rakan media dari Selatan Global untuk mengambil peluang, berjalan seiringan ke depan supaya dapat memberikan sumbangan kepada pembinaan orde antarabangsa yang lebih adil, terangkum dan indah," kata Shen.
Mekamisme Rakan Media Selatan Global bertujuan untuk mempergiat kerjasama media Selatan Global, dan melantangkan suara kumpulan itu.
Setakat ini, terdapat 528 media dari 114 buah negara dan wilayah telah menganggotai mekanisme ini.
--BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial