Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 17 Nov (Bernama) -- Sekurang-kurangnya dua maut manakala dua cedera selepas tanah runtuh melanda daerah Banjarnegara di Jawa Tengah pada hujung minggu lalu, menurut pihak berkuasa.
Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Banjarnegara melaporkan seramai 823 penduduk terpaksa dipindahkan, manakala 27 lagi dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.
Kejadian tanah runtuh berlaku di Desa Pandanarum, daerah Pandanarum sekitar 4 petang waktu tempatan pada Sabtu selepas hujan lebat.
“Hujan lebat dan struktur tanah yang tidak stabil berkemungkinan mencetuskan kejadian runtuhan yang merosakkan sawah padi, kebun serta 30 rumah,” kata jurucakap BNPB Abdul Muhari dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ini merupakan kejadian tanah runtuh kedua di Jawa Tengah dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, selepas insiden serupa di Cilacap pada 13 Nov mengorbankan 16 orang dan menyebabkan tujuh lagi hilang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial