DUNIA > BERITA

900 PESAKIT DI GAZA MENINGGAL DUNIA AKIBAT KELEWATAN PEMINDAHAN PERUBATAN - WHO

17/11/2025 05:42 PM

GAZA, 17 Nov (Bernama-WAFA) -- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata lebih 900 pesakit meninggal dunia ketika menunggu proses pemindahan rawatan berikutan sekatan Israel dalam mengeluarkan permit perjalanan bagi mendapatkan rawatan di luar Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

WHO menjelaskan bahawa kira-kira 16,500 pesakit masih menunggu kelulusan untuk dipindahkan, termasuk 4,000 kanak-kanak yang memerlukan perubatan segera untuk menyelamatkan nyawa.

Pertubuhan itu memberi amaran bahawa sebarang kelewatan tambahan dalam menangani kes kritikal adalah bersamaan dengan hukuman mati.

WHO turut menyatakan bahawa hospital di Gaza beroperasi pada kurang daripada separuh kapasiti akibat kekurangan bahan api, ubat-ubatan dan bekalan penting.

Sejak Mei 2024, pertubuhan itu telah menjalankan 119 misi pemindahan perubatan dan berjaya memindahkan 8,000 pesakit untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza, termasuk 5,500 kanak-kanak.

Bagaimanapun, ribuan pesakit kekal dalam keadaan kritikal dan berhadapan masa depan yang tidak menentu di tengah-tengah keruntuhan sistem kesihatan.

-- BERNAMA-WAFA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan