DUNIA > BERITA

PERSIDANGAN INOVASI SAINS DAN TEKNOLOGI 2025 DIRASMIKAN DI SHANGHAI

27/11/2025 01:45 PM

SHANGHAI, 27 Nov (Bernama-CMG) -- Persidangan Inovasi Sains dan Teknologi 2025 anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan bandar Shanghai membuka tirainya di sini, pada Rabu.

Presiden CMG Shen Haixiong ketika berucap pada persidangan itu memetik kenyataan Presiden China Xi Jinping sebagai berkata "modenisasi ala China perlu bersandarkan kepada pemodenan sains dan teknologi, manakala pembangunan berkualiti tinggi perlu diwujudkan melalui daya penggerak baharu yang dipupuk inovasi sains dan teknologi".

Shen berkata bahawa CMG bersedia meningkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak, mengangkat sikap terbuka dan berkongsi, menggalakkan tindakan 'kecerdasan buatan (AI)+', serta menyumbang kepada pembinaan negara yang kuat dalam sektor sains dan teknologi.

Bertemakan "Pioneering Sci-Tech Innovation, Inspiring a New Era of Intelligence", Persidangan Inovasi Sains dan Teknologi 2025 disertai pakar dan sarjana dari institusi pengajian tinggi, institut penyelidikan, serta petugas dari syarikat sains dan teknologi, serta institusi kewangan.

Para peserta mengadakan perbincangan mengenai topik-topik termasuk trend revolusi sains dan teknologi, reformasi perindustrian, penaiktarafan perindustrian dipacu sains dan teknologi dan lain-lain.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan