DUNIA > BERITA

PERLU USAHA BERSEPADU CAPAI VISI SIFAR AIDS - ISTERI PRESIDEN CHINA

02/12/2025 03:29 PM

BEIJING, 2 Dis (Bernama-CMG) -- Isteri Presiden China Xi Jinping, Peng Liyuan menyeru semua pihak melipatgandakan usaha bagi memastikan visi sifar jangkitan baharu HIV, sifar diskriminasi dan sifar kematian berkaitan AIDS dapat direalisasikan.

Peng, yang juga Duta Muhibah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi penyakit tuberkulosis (TB) dan HIV/AIDS, membuat kenyataan itu ketika menghadiri satu program sempena Hari AIDS Sedunia 2025 di daerah Xicheng, Beijing, baru-baru ini.

Program itu menampilkan pencapaian China dalam memerangi AIDS sepanjang empat dekad lalu, selain meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit berkenaan.

Dalam sesi itu, Peng turut berkongsi pengalamannya terlibat dalam kerja pencegahan serta kempen kesedaran HIV/AIDS selama dua dekad.

Sebelum program itu, beliau meluangkan masa menyertai kempen kesedaran HIV/AIDS di sebuah komuniti kediaman, selain menziarahi petugas barisan hadapan dan sukarelawan.  

Beliau turut diberi taklimat mengenai perkembangan kerja penyebaran maklumat mengenai AIDS, termasuk khidmat nasihat kesihatan dan perkhidmatan sukarelawan yang dijalankan.  

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan