DUNIA > BERITA

JEPUN CATAT 230 SERANGAN BERUANG TERTINGGI SEPANJANG 2025

05/12/2025 11:53 PM

TOKYO, 5 Dis (Bernama-Kyodo) -- Seramai 230 orang diserang beruang di Jepun antara April dan November tahun ini, jumlah tertinggi pernah direkodkan, menurut data awal kerajaan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.

Angka bagi lapan bulan pertama fiskal 2025 itu telah pun melepasi 219 mangsa serangan beruang yang dicatatkan dari April 2023 hingga Mac berikutnya (Mac 2024), iaitu rekod tertinggi sebelum ini sejak rekod mula disimpan pada fiskal 2006, menurut Kementerian Alam Sekitar.

Wilayah Akita mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 66 kes, diikuti Iwate (37) dan Fukushima (24).

Pada November sahaja, 33 orang menjadi mangsa serangan beruang, termasuk seorang individu maut.

Sehingga 20 Nov, jumlah kematian akibat serangan beruang di seluruh negara juga berada pada paras tertinggi iaitu 13 kes.

Kerajaan Jepun mempertingkat langkah bagi menangani peningkatan serangan beruang terhadap manusia sejak kebelakangan ini.

-- BERNAMA-KYODO


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan