DUNIA > BERITA

JEPUN KELUAR AMARAN TSUNAMI BAGI UTARA, TIMUR LAUT SELEPAS GEMPA 6.7 SKALA RICHTER

12/12/2025 12:28 PM

TOKYO, 12 Dis (Bernama-Kyodo) -- Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan utara dan timur laut negara itu susulan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter yang berlaku di Lautan Pasifik berhampiran wilayah Aomori, lapor Kyodo.

Agensi Meteorologi Jepun berkata pantai Pasifik di Hokkaido serta wilayah Aomori, Iwate dan Miyagi dijangka mengalami tsunami setinggi sehingga satu meter selepas gempa yang melanda sekitar 11.44 pagi (waktu tempatan) di bahagian timur Aomori pada kedalaman kira-kira 20 kilometer.

Gempa bumi itu berlaku empat hari selepas gempa kuat berukuran 7.5 pada skala Richter yang melanda pantai timur Aomori pada Isnin, mendorong agensi mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlakunya gempa serupa atau lebih besar di kawasan sama dalam beberapa hari akan datang.

-- BERNAMA-KYODO

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan