DUNIA > BERITA

SRI LANKA AKAN HIDUPKAN SEMULA SEKTOR PELANCONGAN SELEPAS SIKLON DITWAH

14/12/2025 04:36 PM

COLOMBO, 14 Dis (Bernama-Xinhua) -- Pihak berkuasa Sri Lanka akan membuka semula kebanyakan destinasi pelancongan dan melaksanakan siri langkah pemulihan untuk menghidupkan semula industri pelancongannya yang terjejas akibat Siklon Ditwah, menjelang musim puncak pelancongan yang semakin hampir, kata pegawai, seperti dilaporkan Xinhua. 

Timbalan Menteri Alam Sekitar Anton Jayakody memaklumkan pemberita bahawa taman botani, yang ditutup sementara berikutan tanah runtuh dan kebimbangan keselamatan dicetuskan siklon itu, akan dibuka semula tidak lama lagi. Beliau mengarahkan pihak berkuasa berkaitan melaksanakan langkah menangani risiko tanah runtuh di kawasan terbabit.

Sementara itu, pegawai pelancongan Sri Lanka melancarkan kempen pemasaran bertemakan "Sri Lanka Sedia", menyasarkan pelancong dari 10 pasaran sumber utama negara itu melalui platform digital.

Pada 8 Disember lepas, Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Pelancongan Sri Lanka, Buddhika Hewawasam, mendedahkan bahawa kemudahan kemasukan tanpa visa yang tertangguh lama untuk pelancong dari 40 negara dijangka berkuat kuasa Januari 2026, sebagai sebahagian usaha lebih luas bagi mempercepat pemulihan pasca bencana dan menyokong musim puncak pelancongan musim sejuk.

Data rasmi terkini menunjukkan lebih 70,000 pelancong telah tiba di Sri Lanka antara 1 hingga 11 Disember.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan