DUNIA > BERITA

OLIMPIK PARIS 2024 TELAN BELANJA LEBIH US$3.2 BILION - LAPORAN

17/12/2025 03:13 PM

MOSCOW, 17 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Suruhanjaya Perancangan Tinggi Perancis menganggarkan kos penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2024 di Paris berjumlah €2.8 bilion (lebih US$3.2 bilion), lapor Sputnik/RIA Novosti memetik radio Europe 1.

Anggaran suruhanjaya sebanyak €2.8 bilion itu adalah jauh lebih rendah berbanding anggaran Mahkamah Juruaudit Perancis, yang menganggarkan kos Sukan Olimpik berkenaan sebanyak €6.6 bilion pada September 2024, lapor Europe 1 pada Selasa.

Tidak seperti Mahkamah Juruaudit Perancis, suruhanjaya itu turut mengambil kira kesan positif penganjuran temasya berkenaan terhadap peluang pekerjaan dan pembangunan infrastruktur di Perancis.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan