BEIJING, 22 Dis (Bernama-CMG) -- Pasaran perfileman China terus menunjukkan kemajuan menggalakkan apabila tayangan filem animasi di seluruh negara menempa sejarah kutipan paling tinggi iaitu 25 bilion yuan (RM14.48 bilion) bagi tahun 2025.
Hasil kutipan filem animasi Zootopia 2 direkod mencecah US$1 bilion (RM4.08 bilion) di pasaran global, dan China menyumbang hampir separuh kepada keseluruhan kutipan berkenaan.
Prestasi itu menyaksikan negara Tembok Besar tampil sebagai pasaran paling dominan dari segi kutipan pecah panggung disusuli Amerika Utara.
Tokoh perfileman Amerika Syarikat (AS) berpendapat bahawa pasaran China telah menjadi enjin utama kepada pertumbuhan industri perfileman global.
Antara filem antarabangsa lain yang ditayangkan di pagawam tempatan termasuk Avatar: Fire And Ash, yang juga mendapat sambutan baik daripada penonton China.
Laporan media asing menyebut bahawa populariti filem import berkenaan mencerminkan daya tahan kukuh industri perfileman China serta sikap terbuka negara ini terhadap produk filem yang unggul dari seluruh dunia.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial