(menukar kategori)
MEXICO CITY, 29 Dis (Bernama-Xinhua) -- Seramai 13 orang terbunuh manakala 98 lagi cedera selepas kereta api penumpang yang membawa 241 penumpang dan sembilan anak kapal tergelincir di atas jambatan berhampiran Nizanda di selatan Mexico pada Ahad, lapor Xinhua.
Kereta api itu dilaporkan menjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan menuju ke perbandaran Matias Romero, menurut Gabenor Oaxaca, Salomon Jara.
Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat menggunakan tali dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam gerabak kereta api berkenaan.
“Anggota penyelarasan perlindungan awam dan pengurusan risiko negeri, polis trafik negeri serta pasukan ambulans kini berada di lokasi bagi memberikan bantuan, dengan kerjasama Sekretariat Tentera Laut. Kami akan terus mengemas kini perkembangan terkini,” kata gabenor itu.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial