BERITA TERGEMPAR   The Malaysia Economic Forum 2026 will be held on Feb 5 to strengthen the MADANI Economy narrative, ensuring inclusive and sustainable growth -- Economy Minister | 
 DUNIA > BERITA

RAKYAT MALAYSIA DINASIHAT TANGGUH PERJALANAN TIDAK PENTING KE VENEZUELA

07/01/2026 02:37 PM

PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Venezuela buat sementara waktu, dengan mengambil kira situasi keselamatan yang sedang berkembang di negara itu.

Dalam satu kenyataan media pada Rabu, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra menegaskan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela.

“Tiada perubahan terhadap status rakyat Malaysia di Venezuela sejak kemas kini terakhir kami pada 4 Januari 2026.

“Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sentiasa berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia yang berdaftar di sana… Kesemua mereka telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan selamat,” menurut Wisma Putra.

Kementerian Luar menambah bahawa ia  akan terus memantau situasi berkenaan dengan teliti dan akan memberikan maklumat lanjut jika perlu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan