DUNIA > BERITA

SALJI LEBAT DIRAMAL DI WILAYAH TENGAH KOREA SELATAN

08/01/2026 05:33 PM

SEOUL, 8 Jan (Bernama-Yonhap) -- Luruan angin sejuk secara tiba-tiba (jerembak sejuk) melanda Korea Selatan pada Khamis dengan suhu di Seoul menurun kepada negatif (-) 8.2 darjah Celsius (C), ketika agensi kaji cuaca negara itu meramalkan salji lebat di wilayah tengah pada hujung minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), penurunan suhu yang nyata kepada -13.2C di ibu negara dan -30C di beberapa kawasan pergunungan di Wilayah Gangwon pada sebelah pagi.

Jerembak sejuk itu dijangka berterusan sehingga pagi Jumaat, namun salji lebat diramalkan melanda wilayah tengah mulai malam tersebut hingga hujung minggu, menurut KMA.

Salji dijangka meluas ke wilayah selatan pada pagi Sabtu, manakala salji atau hujan dijangka mula turun di Pulau Jeju mulai petang Sabtu.

Salji atau hujan dijangka berterusan sehingga Ahad di Wilayah Chungcheong Selatan, wilayah Jeolla dan kawasan pedalaman barat Wilayah Gyeongsang Selatan, menurut KMA.

Selepas itu, salji atau hujan dijangka turun semula di wilayah tengah dan Wilayah Jeolla Utara pada Isnin, tambahnya.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan