HAMILTON, 8 Jan (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menandatangani “Memorandum Presiden” yang mengarahkan agensi kerajaan menarik diri daripada 66 organisasi antarabangsa yang menurut pentadbiran itu tidak lagi berkhidmat untuk kepentingan AS, lapor Anadolu Ajansi.
“Memorandum itu mengarahkan semua Jabatan dan Agensi Eksekutif menghentikan penyertaan dan pembiayaan terhadap 35 organisasi bukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta 31 entiti PBB yang beroperasi bercanggah dengan kepentingan nasional, keselamatan, kemakmuran ekonomi atau kedaulatan AS,” menurut maklumat yang dikongsi Rumah Putih.
Rumah Putih menyatakan bahawa langkah itu dibuat susulan “semakan yang diarahkan pada awal tahun ini terhadap semua organisasi antara kerajaan di peringkat antarabangsa,” sambil menegaskan bahawa “penarikan diri ini akan menghentikan pembiayaan dan penglibatan pembayar cukai Amerika dalam entiti yang mengutamakan agenda globalis berbanding keutamaan AS.”
Tidak lama selepas maklumat itu disiarkan, Rumah Putih bertindak memadamkan halaman yang mengandungi butiran memorandum berkenaan.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial