DUNIA > BERITA

JABATAN NEGARA AS BATALKAN LEBIH 100,000 VISA DALAM SETAHUN

13/01/2026 06:36 PM

WASHINGTON, 13 Jan  (Bernama-Xinhua) -- Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pada Ahad, bahawa ia telah membatalkan lebih 100,000 visa sejak pelantikan Presiden Donald Trump hampir setahun lepas, lapor Xinhua. 

Pembatalan itu termasuk kira-kira 8,000 visa pelajar dan 2,500 visa khas untuk individu yang pernah berdepan penguat kuasa undang-undang AS atau jenayah,” menurut jabatan itu menerusi X.

“Kami akan terus menghantar penjenayah ini pulang untuk memastikan keselamatan Amerika,” menurut jabatan itu.

Kira-kira 8,000 daripada visa yang dibatalkan adalah untuk pelajar kerana pentadbiran AS telah meningkatkan pemeriksaan terhadap visa pelajar dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Awal 2025, kerajaan AS mengenakan beberapa keperluan penapisan media sosial, yang sebahagian besarnya bertujuan untuk menghantar pulang pelajar yang mungkin telah mengambil bahagian dalam protes terhadap tindakan Israel di Gaza.

Pada hujung Mei, jabatan itu mengarahkan kedutaan dan konsulat AS di seluruh dunia menghentikan penjadualan temu duga baharu bagi pemohon visa pelajar.

Pada Jun, jabatan itu mengarahkan pasukan diplomatiknya untuk menapis media sosial dan kehadiran dalam talian semua warga asing yang memohon visa pelajar.

Penguatkuasaan itu diperluas melangkaui visa pelajar dan pada Ogos, jabatan berkenaan memaklumkan sedang menyemak rekod lebih 55 juta pemegang visa AS untuk sebarang pelanggaran yang boleh dihantar pulang iaitu sebahagian daripada tindakan kerasnya terhadap imigresen.

-- BERNAMA-XINHUA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan