SAN FRANCISCO, 15 Jan (Bernama-Xinhua) -- Enam orang maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya di utara California, Amerika Syarikat, pada Rabu, menurut Peronda Lebuhraya California (CHP), lapor Xinhua.
Kemalangan berlaku sekitar 10 pagi waktu tempatan (1800 GMT) di daerah Tehama di utara Lembah Sacramento, apabila sebuah trak pikap memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah bas transit daerah secara bertentangan, menurut CHP.
Bas berkenaan, yang membawa lima penumpang dan seorang pemandu, terbakar selepas perlanggaran itu, dan kedua-dua pemandu serta empat penumpang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Punca kemalangan masih dalam siasatan.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial