DUNIA > BERITA

TREN BAHARU DILANCARKAN DI LALUAN DENGAN PANAROMA INDAH DI JEPUN

17/01/2026 01:20 PM

YOKOHAMA, 17 Jan (Bernama-Kyodo) -- Syarikat tren Jepun Enoshima Electric Railway Co. yang popular dengan pemandangan indah pesisir laut sepanjang laluannya dan lintasan kereta api yang sering ditampilkan dalam komik popular termasuk siri animasi Slam Dunk, melancarkan tren baharu pada Jumaat yang akan mula beroperasi musim bunga ini (sekitar Mac). 

Menurut Kyodo News, tren berkenaan, sebuah model siri 700, direka bentuk dengan sebahagian rak bagasi dialihkan dan kerusi disusun semula serta pemegang diselaraskan bagi membolehkan penumpang menikmati pemandangan laut dari mana-mana tempat duduk.

Landasan itu menghubungkan antara Fujisawa dan Kamakura yang merupakan destinasi popular bagi pelancong luar negara, yang terletak di bahagian selatan Wilayah Kanagawa berdekatan Tokyo.

Presiden syarikat itu Satoshi Kuroda berharap penumpang akan menikmati pengalaman menaiki tren dengan panorama indah.

Jentera berkenaan merupakan tren baharu yang diperkenalkan syarikat itu selepas 20 tahun.

-- BERNAMA-KYODO


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan