HAMBURG (Jerman), 17 Jan (Bernama-dpa) -- Seorang maut manakala beberapa yang lain cedera selepas sebuah lokomotif berlanggar dengan sebuah bas di bandar Hamburg, utara Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Jumaat yang memetik kenyataan bomba.
Jurucakap bomba berkata pemandu bas dilaporkan dalam keadaan kritikal manakala dua penumpang cedera parah. Seramai enam individu di dalam bas berkenaan turut mengalami kecederaan.
Polis berkata nahas itu berlaku di lintasan kereta api yang tidak dikawal di daerah Wilhelmsburg, berhampiran pelabuhan bandar itu, pada petang Jumaat.
Kira-kira 40 anggota pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian dan kawasan itu ditutup buat sementara waktu.
Punca kemalangan masih belum dapat dipastikan buat masa ini.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial