SEOUL, 17 Jan (Bernama-Yonhap) -- Persekutuan bola sepak Korea Selatan pada Sabtu menangguhkan pengumuman kem pasukan kebangsaan bagi Piala Dunia FIFA 2026, sehingga makluman lanjut daripada badan induk itu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dijadualkan untuk mengumumkan kem Korea Selatan bagi Piala Dunia hari ini.
Susulan dijadualkan bermain ketiga-tiga perlawanan kumpulan di Mexico, pasukan Taegeuk Warriors dijangka memilih lokasi kem di negara Amerika Utara itu, yang merupakan satu daripada tiga tuan rumah kejohanan tersebut selain Amerika Syarikat dan Kanada.
Menurut KFA, FIFA mengesyorkan peserta Piala Dunia untuk menangguhkan pengumuman sehingga kem untuk semua pasukan yang mengambil bahagian dimuktamadkan.
Masih terdapat enam tempat bagi acara besar itu iaitu empat akan ditentukan dalam playoff Eropah dan dua untuk diisi dalam playoff antara konfederasi pada Mac.
KFA menyerahkan senarai pilihan kem kepada FIFA minggu lepas termasuk dua lokasi di Guadalajara di barat Mexico.
Korea Selatan akan bermain dua daripada tiga perlawanan Kumpulan A mereka di sana manakala satu lagi perlawanan di Monterrey.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial