DUNIA > BERITA

PASARAN GERGASI CHINA BERI PELUANG BESAR KEPADA DUNIA

20/01/2026 04:32 PM

BEIJING, 20 Jan (Bernama-CMG) -- Jumlah perusahaan Amerika Syarikat (AS) di China yang optimis terhadap pertumbuhan pasaran China meningkat dengan ketara.

Sementara itu, lebih separuh daripada perusahaan itu  merasa yakin untuk meraih keuntungan malah keuntungan besar pada tahun 2025.

Demikian hasil tinjauan yang dilancarkan oleh Dewan Perniagaan Amerika Syarikat di China (AmCham China), baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang akhbar pada Isnin ketika mengulas perkara itu berkata, pasaran gergasi China telah memberikan peluang besar kepada dunia.

"Melabur di China bererti mempunyai peluang untuk meraih keuntungan," kata Guo.

Menurut tinjauan AmCham China itu, lebih 70 peratus syarikat AS di China tiada rancangan untuk mengalihkan urus niaga mereka dari China, sementara hampir 60 peratus syarikat merancang untuk meningkatkan pelaburan di China.

Mengulas lanjut, Guo berkata kejayaan syarikat AS di China membuktikan bahawa China dan AS akan memperoleh manfaat daripada kerjasama, manakala hubungan China-AS yang stabil, sihat dan mampan adalah selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara.

"China akan terus memberikan kestabilan, pertumbuhan dan inovasi kepada ekonomi dunia.

Kami mengalu-alukan syarikat dari pelbagai negara termasuk AS untuk mengambil peluang daripada pembangunan berkualiti tinggi China dan berkongsi 'bonus super' dari pasaran bertrilion yuan di negara ini," kata Guo.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan