DUNIA > BERITA

TIADA RAKYAT MALAYSIA TERLIBAT INSIDEN PERLANGGARAN TREN DI SEPANYOL - WISMA PUTRA

22/01/2026 02:57 PM

PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden perlanggaran dua tren berkelajuan tinggi di Cordoba, Sepanyol pada 18 Jan lepas.

Dalam satu kenyataan media pada Khamis, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa pengesahan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada pihak berkuasa Sepanyol.

“Kedutaan Besar Malaysia di Madrid telah melaksanakan usaha bersepadu bagi mengesahkan kemungkinan penglibatan warganegara Malaysia. Usaha ini telah dilaksanakan menerusi libat urus secara langsung dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan,” menurut Wisma Putra.

Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan insiden itu secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya perlu, tambahnya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa angka korban nahas tren berkelajuan tinggi di selatan Sepanyol itu meningkat kepada 41 orang pada 20 Jan lepas, dengan pihak berkuasa bimbang dua lagi mayat mungkin ditemukan di bawah bangkai tren.

Dua tren berkenaan, masing-masing dalam perjalanan bagi laluan Malaga-Madrid dan Madrid-Huelva, terbabit dalam perlanggaran berhampiran bandar Cordoba di selatan Sepanyol kira-kira 7.45 malam waktu tempatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan