DUNIA > BERITA

EMPAT PENERBANGAN DILENCONG AKIBAT KABUS DI LAPANGAN TERBANG NOI BAI, HANOI

27/01/2026 06:29 PM

HANOI (Vietnam), 27 Jan (Bernama-VNA) -- Empat penerbangan yang sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi dilencongkan ke lapangan terbang alternatif pada pagi 27 Jan berikutan kabus tebal dan awan rendah, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Jarak penglihatan yang terhad akibat fenomena itu memaksa pihak lapangan terbang melakukan pelarasan operasi penerbangan bagi menjamin keselamatan.

Setakat 9.30 pagi, operasi ketibaan dan pelepasan telah kembali normal, walaupun empat penerbangan masuk telah dilencongkan ke lokasi lain.

Terdahulu, beberapa penerbangan keluar tidak dapat berlepas buat sementara waktu, manakala beberapa penerbangan masuk diarahkan berpusing di ruang udara sementara kru menunggu keadaan cuaca bertambah baik mengikut piawaian pendaratan yang selamat.

Dengan kabus dan awan rendah dijangka berterusan di Hanoi, Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai menasihatkan penumpang agar sentiasa peka dan memantau maklumat penerbangan melalui paparan terminal serta kemas kini daripada syarikat penerbangan.

Menurut pihak lapangan terbang, kesan sampingan daripada cuaca buruk berkenaan boleh menyebabkan perubahan lanjut kepada operasi penerbangan.

-- BERNAMA-VNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan