DUNIA > BERITA

RUANG PASARAN CHINA, AHLI APEC LAIN TERUS DIPERLUAS - GACC

04/02/2026 04:52 PM

BEIJING, 4 Feb (Bernama-CMG) -- Prestasi import dan eksport antara China dengan  anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang lain terus cemerlang apabila jumlah perdagangan barangan mencapai 26.29 trilion yuan (RM14.87 trilion) pada 2025, mewakili 57.82 peratus daripada nilai keseluruhan dagangan luar China.

Pentadbiran Am Kastam China (GACC) memaklumkan bahawa perdagangan menyasar anggota dari ASEAN, Amerika Latin serta Eropah Tengah dan Timur mencatat pertumbuhan pesat, didorong oleh pelbagai faktor antaranya kesalinghubungan  di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), kemudahan perkhidmatan keretapi China-Laos dan rel kargo China-Eropah.

Sementara itu, daya tahan perdagangan bertambah kukuh dengan sektor pengangkutan darat dan udara menunjukkan peningkatan ketara.

GACC berkata ruang pasaran antara China dengan ahli APEC lain semakin diperluas.

Pada tahun lepas, China mengeksport produk berteknologi tinggi yang bernilai 4.63 trilion yuan (RM2.62 trilion) kepada anggota APEC lain, naik 8.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Khususnya, eksport bateri litium-ion, produk fotovoltan dan kenderaan elektrik masing-masing mencatat nilai sebanyak 238.03 bilion yuan (RM134.66 bilion), 52.04 bilion yuan (RM29.44 bilion) dan 157.5 bilion yuan (RM89.1 bilion).

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan