BEIJING 10 Feb (Bernama-CMG) -- Mekanisme negara sosialis yang sistematik dan pantas perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi melaksanakan projek mega, mempercepat penyelesaian pelbagai isu kritikal melalui gabungan elemen berkualiti dan memperjuangkan matlamat strategik negara.
Perkara itu dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika melakukan lawatan kerja mengenai inovasi teknologi di Taman Inovasi Teknologi Maklumat Kebangsaan di daerah Yizhuang pada Isnin.
Semasa lawatan itu, Xi meninjau pameran hasil inovasi teknologi termasuk kecerdasan buatan dan robotik, selain mengadakan sesi pertemuan dengan wakil penyelidik serta ketua syarikat teknologi.
Xi berkata usaha mempertingkatkan kemandirian negara dalam bidang sains dan teknologi merupakan kunci bagi memacu agenda pemerkasaan negara sosialis ke arah yang lebih moden.
Taman Inovasi Teknologi Maklumat Kebangsaan yang terletak dalam Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Beijing berhampiran Tasik Tongming di daerah Yizhuang dibangunkan secara bersama oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China serta pihak berkuasa bandar Beijing.
Taman seluas 1.7 juta meter persegi itu kini menempatkan kira-kira 1,000 syarikat teknologi, merangkumi lebih 90 peratus syarikat peneraju dalam bidang maklumat inovatif di negara tersebut.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial