ANKARA, 15 Feb (Bernama-Anadolu) -- Susulan kecaman hebat, YouTube telah mengaktifkan semula akaun aktivis pro-Palestin Amerika Syarikat (AS), Guy Christensen, selepas menggantungnya buat seketika, lapor Agensi Anadolu.
Platform perkongsian video AS itu menutup akaun Christensen pada Jumaat, sehingga mengundang kritikan daripada pengguna selepas beliau membela nasibnya menerusi platform media sosial lain. Christensen dikenali melalui kandungan yang menyokong rakyat Palestin dan mengkritik hebat pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di Gaza.
Selepas menerima kecaman, YouTube memulihkan semula akaun berkenaan.
Menerusi hantaran di platform media sosial X, Christensen berkata syarikat itu mengubah keputusan mereka selepas pada mulanya menolak rayuan beliau.
“Kita benar-benar berjaya melakukannya,” tulis beliau.
“YouTube terpaksa memulihkan keseluruhan saluran saya + pengewangannya selepas MENOLAK rayuan malam tadi, dengan janji bahawa saya akan disekat selama-lamanya. Inilah kuasa tindakan kolektif dan solidariti. Jika kita tidak berdiri bersama, kita akan ditumpaskan satu demi satu.”
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial