SHANGHAI, 18 Feb (Bernama-CMG) -- Dasar China tentang pengecualian visa untuk pemegang pasport biasa dari Kanada dan Britain berkuat kuasa mulai 17 Februari ini.
Oleh itu , pemegang pasport biasa dari kedua-dua negara berkenaan yang datang ke China untuk tujuan perniagaan, pelancongan, lawatan keluarga, pertukaran akademik atau transit tidak melebihi 30 hari boleh masuk ke wilayah China tanpa visa.
Pada hari pertama pelaksanaan dasar ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di bandar raya Shanghai telah menyambut ketibaan pengembara kumpulan pertama dari Kanada dan Britain yang menikmati dasar berkenaan.
Semasa cuti Tahun Baharu Cina (TBC) 2026, aliran pengembara yang masuk dan keluar dari wilayah China melalui lapangan terbang di Shanghai terus meningkat, dengan purata harian penumpang mencecah 113,000 orang.
Seiring dengan semakin ramai orang asing memanfaatkan dasar China tentang pengecualian visa, pasaran pelancongan domestik sempena sambutan TBC 2026 dijangka akan semakin dinamik kerana terdapat semakin ramai warga asing memilih mengunjungi China untuk tujuan melancong, menziarahi keluarga atau berniaga.
Menurut statistik sejak permulaan tahun 2026, ketibaan pengembara asing yang masuk China melalui pos jabatan imigresen Shanghai mencatat 636,000 orang, meningkat 30.3 peratus tahun ke tahun.
Antaranya, yang memasuki China melalui lapangan terbang di Shanghai dengan memanfaatkan dasar pengecualian visa atau dasar transit bebas visa 240 jam, berjumlah seramai 414,000 orang, mewakili 64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengembara asing yang masuk ke China.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial